27 January 2011

Mutiara Kata

Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Sejukkan Api Kemarahan Kita

Oppa Minho


siang td sempat jg tengok rancangan Entertainment weekly (channel 391). x sangka ade siarkan temubual dgn Lee Minho aka Gu Jun Pyo hehehehehe..dh lame x tgk kelibat dia. minat ngn lakonan dia as a richers man dlm drama BOF..

25 January 2011

kata-kata motivasi

http://www.motivasi-kerja.com/category/kata-kata-motivasi/page/2
layarilah website nie.suka ngn kata2 motivasi yg blh membangkitkan semangat diri.
mudah2an Allah s.w.t akan sentiasa memberikan kebahagiaan, ketenangan dan semangat untuk menempuh hari2 yg sgt menduga ini.

Perlu Rancang Perbelanjaan


aku perlu bijak menguruskan duit. dh bertekad untuk membuat simpanan dan merancang perbelanjaan dgn lebih baik.selalu ingat pesan bekas guru sms bersekolah dulu~Menjadi GURU tidak boleh menjadi KAYA, tetapi dapat hidup dengan SELESA jika bijak berbelanja.... hmmmmmm...memang ada kebenaran kata2 nie.renung-renungkan, selamat beramal heheheh

20 January 2011

Bercinta sebelum kahwin x seronok????nape yer

1. Kurang atau hilang lansung nikmat bercinta. Tiada suprise lagi kerana segala yang sweet telah dilakukan semasa zaman bercinta. Contoh membeli belah bersama-sama atau duduk makan bersama-sama.

2. Menambahkan tekanan dan membuat jiwa kacau. Contoh menjadi seorang yang cemburu dan sensitif apabila teman lelaki atau teman wanita rapat dengan orang lain atau kurang masa untuk melayan karenah pasangan masing-masing.

3. Menambahkan risiko kemurungan. Bayangkan cinta yang dibina terputus di tengah jalan. Selalunya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan melupakan.

4. Mungkin akan mengalami kejutan budaya kerana pasangan telah menunjukkaan warnanya yang sebenar apabila sudah berkahwin. Zaman berkawan dan bercinta bukan main smart dan bergaya. Bila sudah kahwin dan duduk serumah terkejut kerana si dia pengotor rupa-rupanya.

5. Kebanyakan percintaan sebelum perkahwinan membawa kehancuran dan kelalaian. Lupa cinta utama kerana hanyut dengan cinta sesama manusia.

6. Pasangan yang telah bercinta sebelum berkahwin tidak dapat merasai nikmat berperasaan malu-malu, tangan berpeluh apabila berjumpa kali pertama menatap mata secara halal dan sah, dan peluh memercik di dahi apabila duduk berdua-duaan untuk kali pertama bersama si dia yang sudah sah menjadi milik kita.

7. Sudah biasa berjumpa. Sudah biasa bersentuhan. Sudah biasa itu dan ini dengan si dia. Maka tidak mustahil sudah biasa yang dilakukan sebelum berkahwin menjadi biasa-biasa juga selepas berkahwin. Tiada yang luar biasa lagi.

8. Seronok dapat bunga daripada si dia yang bergelar suami/isteri atau seronok dapat bunga daripada pakwe/makwe? Seronok suami/isteri yang suapkan kita makanan atau seronok pakwe/makwe yang suapkan kita makanan? Seronok makan ais krim dalam bekas yang sama dengan suami/isteri atau seronok makan aiskrim dalam bekas yang sama dengan pakwe/makwe?

9. Semua yang di atas kedua-duanya adalah seronok. Yang menjadi beza, berseronok dengan suami/isteri adalah ibadat dan dapat pahala dan berseronok dengan pakwe/makwe bukan ibadat dan mendapat dosa.

The best korean drama 2011



Kalau thn 2010, drama korea kegemaranku ialah BOYS OVER FLOWERS...drama nie mmg best sgt2. rugi if x tgk. utk thn 2011 nie, aku vote cite He's beautiful a.k.a you're beautiful.cite nie pown best & sesuai ditonton oleh sume. ade unsur romantik & komedi hehehe...

17 January 2011

Diariku 17 Jan 2010


sedihnye ngn sikap ketua sy ari nie. sikap pilih kasihnya nampak semakin ketara. sy pelik ngn sikap dia yg sering memandang rendah pd diri ni. sy sentiasa ingt pesan ibu sy. ibu minta sy sentiasa bersabar ngn karenah ketua. sy tau sy bekerja di bawahnya, tp sy xpernah burukkan dia, xpernah sakitkan hati dia mahupun rakan sekerja yg lain.sy sentiasa laksanakan tugas yg diberi dgn sebaik-baiknya. sy xpernah mengharapkan apa2 balasan, memadailah org menghargai apa yg kita buat. kdg2 sy dpt rasakan segala usaha & penat lelah sy selama nie hy dipandang sepi olehnya. tp org lain (terutamanya yg pandai 'membodek') dipuji dan diangkat nama mereka. ya Allah, terasa berat dugaan yg kau timpakan ke atas diriku ini. semoga Kau tabahkan hatiku. kurniakan ketenangan & kebahagiaan yg berpanjangan kpd ku.Kau permudahkanlah segala urusanku. peliharalah hatiku dr merasa hasad dan dengki sesama manusia. Kau bukakanlah pintu hati majikanku agar dia menyedari kesilapannya selama ini...........

16 January 2011

Motivasi Diri Utk Hari Ini

Sebab Anda selalu ingat kesusahan di masa lalu.

Anda selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada Anda. Anda selalu bayangkan kesusahan di masa lalu. Anda selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati Anda. Anda tak pernah memberi ruang untuk hati Anda mensyukuri nyawa dan hidup Anda!

Untuk Anda jadi gembira dan merasa gembira, bBe humble, bersederhana dan bantulah orang lain ikut kemampuan Anda. Orang lain ini adalah orang-orang di sekeliling Anda. Mulakan dari rumah atau di tempat Anda berada sekarang.

Cuba bantu mak Anda buat kerja-kerja rumah. Bantu dia sebab Anda ikhlas nak bantu. Just do it! Anda akan rasa gembira melihat orang lain gembira apatah lagi orang tu adalah ibu Anda. Contoh lain, jika Anda bekerja, relakan diri membantu kawan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu sebab nak buat apa yang perlu, bukan nak harap pujian. Lakukan ini selalu dan Anda rasa gembira apabila dia kata ‘thank you’.

02 January 2011

1.1.11


0101011 @ 1.1.11 @ 1.01.011

azam thn bru nie~nk menjadi manusia yg suka membantu & menolong org yg dlm kesusahan.
pujangga ada berkata"lagi byk kita membantu org, lg byk kesenangan yg akan menyusul kita".sy jg nk jd manusia yg lbh positif dan mengubah diri ke arah yg lbh baik. doakan sy

Menanti Harapan


Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.

Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

- Artikel iluvislam.com