biar buruk di mata manusia..tp cantik dimata Tuhan...tp lebih baik cantik dimata manusia, juga cantik dimata Tuhan...
30 June 2010
HARI KOPERASI SEKOLAH 2010
alhamdulillah, syukur pdNya krn prjlnan hari koperasi yg disambut bermula 27 Jun hingga 3 Julai ini dlm keadaan terkawal..malahan pgi td, tlh diadakan mjlis perasmian sambutan hari koperasi di skola aku..syukur krn sume nya berjln spt yg dirancang..smoga koperasi skolah aku akn trus maju & mampu menjana pendapatan yg tinggi demi kebaikan ahli2nya...amin...insyaAllah, nti aku akn letakkan sebahagian gmbr yg diambil smpena mjlis itu td di blog ni..antara aktiviti yg dilangsungkn pd hr ini ialah penanaman pokok kemboja arab saudi, jualan murah & pertandingan kuiz koperasi..alhamdulillah aktiviti ni mndpt penyertaan & respon yg baik dr sume pljr..thanks kpd sume warga skolah ni...
28 June 2010
Sepi Menyapa Diri
tiba2 hatiku rs sunyi sepi, entah knpa terasa spt kehilangan sstu, tp apakah 'ia'? buntu memikirkannya.lumrah kehidupan manusia, tiada ape yg sempurna. hanya pd Dia aku berserah..smoga kesunyian yg menyapa diri ini akan sgera beralih kpd kegembiraan & tawa gembira dlm hidup aku.begitu jg ku harapkan pd kalian semua...
27 June 2010
Diari hidupku_ahad
24 June 2010
Diari hidupku_khamis
minggu yg sgt 'menyibukkan'....itula yg blh aku gambarkn betapa sibuknya aku menguruskn krja2 yg menanti stlh brcuti slma 2 mggu...fuhhh...mcm x 'pijak tanah' rasanya...alhamdulillah, wpon penat, tp sume kja tsbt dpt jgk aku slsaikn. wpon kdg2 penat melayan karenah pljr aku yg seramai lbh kurg 100 org tu, tp syukurlah mrk tetap memberi krjasama kpd aku, & akhirnya kja kursus ini dpt jg disiapkn...rasa penat akan hilang apb melihat mrk bertungkus lumus melaksanakn tugasan yg diberi. ini menggambarkn mrk ade rs tgjwb pd diri sndiri..mudah2an, penat lelah cikgu mrk ini akan berbayar dgn kejayaan mrk dlm PMR nti...amin yarabbal alamin...
22 June 2010
21 June 2010
Puisi Buat Sahabat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDjw6ohM-HInYgvMrLIOi9mTmGB1LlMG7jU8uVt1TkZlNTf-JQQEhNcEi4PSPuCsTlRmVxvVY-gPkYjtlYHT07Ukneu5SNZPeLISC2K5vJLDLCvaEc2BRRXd7GMs7SskVDO3bbntlhVQ/s320/sahabat3.jpg)
oleh: Umar al-Qari
Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.
Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.
Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.
Ukhuwah fillah abadan abada.
20 June 2010
esok aku kembali bertugas...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7d_0kw3H3vCYDvK6kLAf_iPFKUxXN8C1p7qagsmjAi63RfpeuGcyim6VZGOMJejyYZB3aov6XQvQtJ22anPHj1vAaiVISOsz09OZuMtRoRwLXZ2NSAs1_sXktAcshoRWKT9v30Ljj6w/s320/guru.jpg)
hari ni agak sibuk mklumle esk skola dh nk buka..lps iron baju,aku kemaskini blog ni lg..alhamdulillah siap jgk wpon x seberapa..hehehe..haiiii rindunye kt kwn2 aku ms study dlu(ms skola & kt upsi)ape khbr agaknye kwn2 aku tu.. nk nyanyi skit blh?... oh angin smpaikanlah..katakan pd nya aku rinduuuuuu.... ishh..mate dh ngntuk, sok nk kena bangun awl..smoga hr esok, aku akn jdi insan yg lebih baik dr hr ke hari, smoga aku dpt jd pendidik yg berdedikasi & cmrlang..bt my students, jgn malas2...esok kite jumpe ek...gd nite.. :)
18 June 2010
ADIRA AF8 - Ku Ada Kamu.flv
Ku ada kamu...bt family tersyg, sahabatku yg tercinta, teman2 dan rakan2 taulan yg jauh & dekat...thanks for being part of my life...
ADIRA AF8
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Mari Baca...al-Fatihah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1kzD_Pqq63AHZ2Ge6JoIzZhUZf_YewidrJkfd8MKoZkJuqWdg3epwPJWl-E_2wxLdzFP1JdBSvtsqHacLsi_lDtpB_T7AQxseJ6QNaVmaBYyET-lJB7eF_E0M6o369OXHePSI0VccJw/s320/2978130082_7a46188491.jpg)
1.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
4.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
5.Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah,dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan(jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
17 June 2010
Jom Baca...Kata-kata Hikmah/Pujangga/Nasihat
1. Ikhlaslah mnjdi diri sndiri agar hidup penuh dgn ketenangan & keamanan..
2. Semulia-mulia manusia ialah org yg mpy adab yg merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas & bersikap adil ketika kuat..
3. Org yg berkata jujur akn mendpt 3 hal iaitu kepercayaan, cinta & rasa hormat..
(Saidina Ali)
4. Org yg dinaungi hidayah akan takut jika kehilangan rasa jujur, rasa syukur dan jiwa besar..
5. Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan,
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1000 kemanisan....
6. Jangan bersedih,,kekasih pilihan Allah akn dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya.. Jalannya dihias dgn duri2 luka, Tidak dibiarkan lena dlm nikmat melimpah, Tapi dihidangkan keperitan susah payah yg tiada sudah..
7. Agama Islam tidak melarang sesuatu perbuatan itu kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.. Tidak menyuruh kalau suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagianya jiwa..
8. Capai impian anda dan kecapi kejayaan melalui BAKAT, MINAT, KEBOLEHAN dan KOMITMEN...

15 June 2010
Kihkihkih...jom ketawa..
(Episod Menantu Hantu....)
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

14 June 2010
Wanita dan Rama-rama...
Lihatlah rama-rama, ia cantik.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat dijari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk
sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu
hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang
membanggakan semua orang.
13 June 2010
Yezzzaaa...cuti sekolah pun bermula..
SELAMAT PENGANTIN BARU
Luahan Rasa...aysas
Setitik embun yang turun
Masih bermakna di tengah lautan
Begitu la diibaratkan cinta
Yang pasti,cintaku bukan perhiasan
Bukan jua pertandingan
Akan kujadikan permata berkilauan
Buat sinaran berpanjangan
Bunga2 cinta smakin berkmbng andai
2 hati bercantum mnjdi satu...
Takkan kita rasai indahnya cinta,
Andai tiadanya cinta pd Yg Esa,
Ku mohon biarla rs cintaku pdNya
Mengatasi cintaku pd dia..........
Masih bermakna di tengah lautan
Begitu la diibaratkan cinta
Yang pasti,cintaku bukan perhiasan
Bukan jua pertandingan
Akan kujadikan permata berkilauan
Buat sinaran berpanjangan
Bunga2 cinta smakin berkmbng andai
2 hati bercantum mnjdi satu...
Takkan kita rasai indahnya cinta,
Andai tiadanya cinta pd Yg Esa,
Ku mohon biarla rs cintaku pdNya
Mengatasi cintaku pd dia..........
12 June 2010
Madah Cinta
sebanyak bintang di langit,
sebanyak itu juga
momen indah antara aku & kamu..
wpon sudah tiada seri,
biarkan momen itu ku simpan rapi...
sebanyak itu juga
momen indah antara aku & kamu..
wpon sudah tiada seri,
biarkan momen itu ku simpan rapi...
Madah Cinta
....andainya ada cinta...
jauh @ dekat sama saja..
tiada beza wpon tak sama..
nampak serupa wpon berbeza...
jauh @ dekat sama saja..
tiada beza wpon tak sama..
nampak serupa wpon berbeza...
11 June 2010
carilah cinta hakiki
Tuhanku,
Rebahkanlah daku dalam pangkuanMu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan IslamMu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepadaMu,Ya Allah…
Rebahkanlah daku dalam pangkuanMu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan IslamMu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepadaMu,Ya Allah…
Subscribe to:
Posts (Atom)