23 December 2010

Syukur PadaMu

pertama skali aku panjatkan syukur pd Ilahi atas keizinanNya aku berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dlm PTK.tanpa disangka aku lulus tahap IV. syukur alhamdulillah. memang aku x pernah sangka sbb xbuat persediaan yg cukup utk ambil exam tue.rs mcm mimpi pn ade.pd mulanya aku ke sekolah utk melihat keputusan PMR pelajar2ku, tp aku dikejutkan dgn keputusan PTK aku pula. tp yg membuatkan aku kecewa apb keputusan itu tidak memberi apa2 makna sekiranya aku msh belum mengikuti kursus BTN. bermakna aku tidak berpeluang utk mendapat kenaikan gaji :( im so sad

22 December 2010

Resipi Kek Coklat Kukus

nk jg share resipi kek coklat kukus sy nie.insyaAllah klu ikut sukatan bahan dgn betul, kek kita akn 'menjadi' hehe.
~Bahan2~
11/4 cwn tpg gandum (diayak)
1 cwn minyak
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
3/4 cwn serbuk koko
1 sudu serbuk penaik
1 sudu soda bikarbonat
1 cwn susu coklat
telur 2 biji (gred B)

Baru2 ni ade buat kek ni, alhamdulillah dpt pujian sedara mara hehe

21 December 2010

Berita Harian Online | Keputusan PMR diumum Khamis Ini

Berita Harian Online | Keputusan PMR diumum Khamis ini~23Dis2010.Mudah2an sume anak muridku akan mendapat keputusan yg cemerlang terutama dlm subjk yg aku ajar

Ngerinye....




sumber~bharian & utusan malaysia

Kadang2 rasa serik nk bawa kenderaan bl tgk kemalangan ngeri yg berlaku hampir stp hari.tp ajal maut sume di tgn tuhan.semoga Allah s.w.t akn melindungi & memelihara kita sume dr sebarang bencana.amin..

Bajet Lari Ke Tidak????

spnjg cuti sek nie, aku cuba utk jimatkn perbelanjaan harian.bonus bln Dis mmg dh abis la sbb nk bli keperluan dapur(wpun tgl dgn parents tp kpln dpur ttp aku kuarkan blnja ok).tp alhamdulillah gaji bln Nov msh berbaki lgi. InsyaAllah mgu ni gaji bln Dis akan masuk, so akn cuba utk berjimat-cermat.maklumlah nk byr duit kete lg, duit astro lg, duit pinjaman lg, & mcm2 lg laaa..mudah2an Allah s.w.t akan memuarahkan rezeki bt aku dan juga family ku.

17 December 2010

Kepulangan Yg Dinanti

Syukur padaNya krn ayah bonda tercinta tlh slmt pulang ke tanah air.Rindu yg mncengkam dada akhirnya terurai ptg td (pkul 3.00p.m).Wajah ayah bonda tercinta ku tatap sepuas2nya.Alhamdulillah Ya Tuhan krn Engkau mempermudahkan segala2nya bt mrk semua.Syukur..........

16 December 2010

Katakan Tidak Pada Putus Asa

Dlm hdup nie, kite akn sntiasa diuji olehNya. adakalanya kite mampu utk hadapi stp dugaan itu dgn lapang dada. stp kegagalan yg berlaku jgn sekali-kali menganggapnya sbg titik akhir utk menuju kejayaan lain di ms dpn. sy ingin bangkit dr stp kegagalan yg pnh singgah dlm hdup nie.sy x ingin mnjdi manusia yg cepat berputus asa. sy ingin mnjdi seorang manusia yg teguh dgn pndirian, sntiasa berfikiran positif dan jauh dr sikap berputus asa. sy wajib(bkn lg harus) menanam nilai2 positif serta nilai yg baik supaya sy tidak cepat tersungkur dan berputus asa dlm kehidupan yg penuh cabaran ini..

15 December 2010

Uniknya Cinta




Cinta..pasti ramai yang sedang bahagia diulit cinta.
Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata sungguh manis dirasa. Lalu kita membicarakan tentang cinta.Bahagia bercinta sehingga terpamer di wajah.Ceria dan senyum ketawa sentiasa menghiasi hidup.Adakalanya cinta juga membawa kepada kekecewaan.Arghh..uniknya cinta

02 December 2010

Lepas Geram

eeeeeeeeeeeeeeee........sakit ati tul ngn org yg x reti nk jaga harta org len dgn baik..dh le pinjam x minta, pastu x jga elok2 plk tu...x sukeeeeee,,,,,,arghhhhhhhhh

29 November 2010

diariku~29 Nov 2010

alahai bru ari ni prasan kete dh nk kna servis...so decide lusa bru nk pgi pusat proton service. ari ni xde bt pepun, juz relax2 then MEMASAK hehe.satu terapi terbaik utk release tension. 2 ari lps majlis pkhwinan kawan, xdpt pgi sbb jauh sgt.lgpun ade hal len yg prlu dibereskan. hy kiriman doa smoga berbahgia yg aku kirimkn bt diorg.

26 November 2010

Cuti-cuti Malaysia


akhirnye dpt jgk jalan2 mkn angin kt I-City... cantekkk sgt tmpt tu cuma byaran masuk je mahal ckit..huhuhu..pepun puas ati sbb hajat tercapai...hehehe

14 November 2010

~Tips Mewujudkan Keyakinan Diri~


Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Anda semakin matang bila....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

13 November 2010

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG....



Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

05 November 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji kpd Mummy & Ayah


3 November 2010-jam 3.00 ptg, mummy & ayah berangkat ke KL.then 4 November 2010, lbh kurang kul 12 tghari, mummy ngn ayah dh naik flight..mudah2an Allah s.w.t akn permudahkan segala urusan mereka..serta mengurniakan mereka kesihatan yg sihat sejahtera..ameen...

31 October 2010

Ku TeRuS MeLaNgKaH


HAYATI BAIT2 PUISI INI...DAN RENUNG-RENUNGKAN....

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan……..
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

BiCaRa TeNtAnG CiNtA


Salahkah ku mendambakan seorang putera
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

cinta spt pelangi


Cinta itu buta?
Cinta itu sesuatu yang suci.
Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya...
Cinta itu ibarat pelangi,
Yang memberi warna kepada kehidupan ini.

Cinta itu ibarat pelangi,
Menenangkan mata, pendamai jiwa.
Cinta itu ibarat pelangi,
Siapa melihat pasti terinspirasi.

hotel grand kampar


alhamdulillah, selesai sudah kursus di Hotel Grand Kampar.....

Adakah ini RiNdU?


desir angin slps hujan
membangkitkan seribu rasa di dada,
sesak nafas memikirkannya,
apa sebenar bisikan hati ini?
sungguh aku x mngerti..

rindukah aku pd ketenangannya?
rindukah aku pd keluhurannya?
rindukah aku pd lembut bicaranya?
rindukah aku pd kebaikannya?
ya, insan sepertinya mmg sukar dicari,
sygnya, dia mungkin milik ssorang,
bangkitlah dr mimpi,
sedarlah wahai hati,
usah lg kau mengharap pd sstu yg x pasti..........

24 October 2010

Bahagia


ku memohon padaMu agar aku bisa mengecap bahagia spt mana yg aku impikan...

22 October 2010

Bunga Idaman



~sumber Iluvislam~
Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu.

Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.

Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.

Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.

Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.

Aku mula bermonolog..

Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...

"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Drama Korea Terbaeekkk




utk thn nie, ade 2 drama korea yg plg aku minat. klu di awal thn 2010, dh tentu aku memilih drama "Boys Over Flower" dan penghujung thn 2010 ni plk aku pilih drama "STYLE" yg disiarkn di saluran 708....wahhhh dua2 drama ni mmg besssttt sgt2..

20 October 2010

tarikh keramat

tarikh yg sgt canteekkk.....

20.10.2010 @ 20/10/2010 @ 20102010 @ 20.10.10

16 October 2010

Tak Mahu Kehilangan Cinta



sy tertarik dgn puisi indah ni...so, sy nk share ngn semua org...

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Diariku_16 Okt

Dlm tempoh beberapa hari ni, aku dihujani dgn ujian serta dugaan dlm pekerjaan.tp tu semua x mematahkan semangat aku utk terus laksanakan tugas dgn sebaik-baiknye. aku sentiasa igt pesan Mummy.biarlah klu 'org' tu nk pilih kasih, nk riak ke nk bangga diri ke...biar Allah sje yg membalas stp kelakuan 'die' tu.. aku dh xnk amik pduli kate2 'die' wpun dlm hati sedikit kecewa...

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Ku Berdoa kepadaMu


Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik

Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

10 October 2010

selamat berbahagia


selamat pengantin baru kpd Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dgn pasangannye Dr. Harlina bt Yunos...semoga berkekalan dan berbahagia hingga akhir hayat...amin...

Sabar dan terus bersabar


dlm kehidupan ni, mmg byk dugaan serta rintangan yg perlu kite harungi.. adakalanye hati kite xkuat utk mnghadapinye..ape yg prlu kite tanamkn dlm diri adalah SABAR dan teruslah BERSABAR..mudah2an Allah sntiase mendengar doa kite & always be our side. mmg gitule hidup ni..kdg2 manusia ni mudah menghukum kite tnpa mengenali siape kite yg sbnarnye..mereka sntiase mncari kesilapan kite wpun kite x melakukannye.mereka tidak menyukai kite tnpa alasan sedangkan kite juge spt mereka, makhluk ciptaan ALLAH s.w.t..kite semua same disisiNya..

03 October 2010

doaku mengiringi kalian


brmula 50kt-12 okt ini, sume pljr form3 akn mnduduki peperiksaan PMR.. cikgu titipkan doa bt kalian semua.semoga kalian akan mndapat keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan nti.tiade ape yg mampu cikgu tinggalkan kpd kalian semua, hya kiriman doa, ilmu dan nasihat.smoga kalin tidak akn lupe pd cikgu apb berjaya nanti.. good luck & wish u all the best....

Suami isteri....

23 September 2010

Diariku 23 Sept. 2010



ari ni rs penat sikit sbb trkejar-kejar ke sana-sini.. alhamdulillah kje2 tu dh hampir beres..cume ari ni rs trkilan skit ngn sikap sgelintir manusia yg suke meletakkan kesalahan pd org len & suke mgambil kesempatan ats kebaikan dan keluhuran hati manusia....huhuhuhuhu

20 September 2010

Salam Lebaran


hari ni masuk hari ke 10 kite mnyambut hari raya..kpd sahabat2ku, slamat hr raya aidilfitri,maaf zahir dan batin diucapkan..

09 September 2010

Slmt tinggal Ramadhan..slmt dtg Syawal

sayu rase di hati bl trpaksa meninggalkn bln ramadhan.cukup ke amalan yg aku lakukan Ya Allah..pd Mu ku memohon agar Kau akn limpahkan kurnia dan rahmatMu pd kami sekeluarga dan umat Islam seluruh dunia. smoga thn2 depan, kami msh diberi ksmpatan utk menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh keberkatan ini..amin ya rabbal alamin

08 September 2010

Shopping Baju Raya

2 hari lps aku dgn kakak ke pekan..kitaorg belikan baju raya utk ayah dgn mummy..
alhamdulillah, mereka suke dgn hadiah tu..ms kitaorg ke pekan, jln mmg sesak gile.tmpat parkir kereta xde langsung.klu ade pun, jauh.so, trpksalah parkir jauh dr kedai.mcm2 gelagat manusia yg blh kite tgok.ade yg belikan baju melayu utk suami. ade jgk yg tgh mengukur baju kurung pd badan isteri...wah..so sweet..hehe

05 September 2010

Persiapan Lebaran

tinggal bpe hari je lg umat Islam akn mnyambut hari ry aidilfitri. biskut rya dh buat, yg blum ade lg ialah baju ry aku.ntah bile nk pgi beli.klu x sempat nk bli, terpaksalah aku pakai bju lama.xpe, lgpun bt ape nk membazir.wpun raya setahun skali tp itu x bermkna kite kena boros berbelanja..btul x?hehe

31 August 2010

Merdeka


Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia..smoga keamanan yg kite kecapi akn trus brkekalan. sama2lah kita doakan Malaysia akn maju dan terus maju..amin

30 August 2010

Menu Pilihan





alhamdulillah, hr ni genap 20 hr kite berpuasa di bln ramadhan. syukur krn Allah s.w.t masih memberi kite sume kesempatan utk menikmati rezeki yg dikurniakanNya. Mudah2an rezeki utk kite sume akn sntiasa ada & mendapat barakah..amin.
bl bulan pose ni, byk sgt bazar ramadhan yg dibuka. so, byk makanan, kuih yg dijual.thn ni sy blum berksmpntn utk pgi membeli di bazar. rsnye lebih puas klu dpt masak dgn air tgn sndiri...& klu ditanya ape kuih or menu pilihan spnjg bln puasa ni..jwpnnya ialah AIR TEBU, KUIH APAM AYU, dan AYAM PERCIK..wahh sdap btul. pepun, elakkan pembaziran, tambahkan tabungan.ingt ye kawan2..

27 August 2010

Lucu Tapi Memalukan


adoiii...hari ni ade 1 peristiwa yg aku rs agak memalukan trjadi pd aku...bila diingat2 smula rs kelakar pn ade. ntah mcm mane aku tersalah tekan button pd kunci kete aku. x semena2 berbunyi alarm..bising satu pekan huhu..aku ape lg, dlm keadaan gelabah tu, blh buat muke selambe je.maklumle nk cover malu hehehe..mujurlah ade sorang hamba Allah ni dtg dan bagitau ape yg aku perlu buat..huiiiiii maaaluuuuu...

25 August 2010

Ulangtahun Kelahiran pada 20 Ogos


alhamdulillah, saya msh diberi ksmpatan utk bernafas & terus hidup di dunia ini. tima ksh yg x terhingga bt keluarga,sahabat,teman2 dan pelajar2 yg mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan smpena ulangtahun kelahiran saya yg ke ??? semoga Allah s.w.t sentiasa memurahkan rezeki,melimpahkan rahmatNya kpd kite semua...doa sy sempena ulangtahun ni, semoga Allah s.w.t akn mempermudahkan laluan hidup sy demi mncapai kejayaan & melindungi setiap langkah kakiku...amin. pd my luvly students yg mendoakan cikgu dan memberi hadiah, thanx byk2..cikgu hargai sgt2 pemberian kalian semua. doakan cikgu bahagia dan hepi selalu ye..(^_^)

17 August 2010

Mesut Kurtis - Burdah | مسعود كرتس - البردة


Mawlaya salli wa sallim da�iman abada
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
O my Master, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation

Muhammadun sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'urbin wa min 'ajami
Muhammad is the master of the two worlds
and of Man and the jinn
Leader also of the Arabs, non-Arabs and their kin

Huwal habibul ladhi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Chorus

Thummar ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana dhil karami
Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the generous one
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Chorus

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma mada ya wasi'al karami
O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,
O Most Munificent One!

11 August 2010

Salam Ramadhan


Kembang Melati Sungguhlah Indah,
Ditengah Halaman Jadi Hiasan,
Harum Ramadhan Tercium Sudah,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan.
Selamat Berpuasa 1431H

08 August 2010

Shopping Time



akhirnye smlm dpt jgk aku temankn mummy bli brg2 kprluannya..alhamdulillah jumpe brg2yg dicari. aku plak pe lg, klu dpt shopping, ruang yg aku suke pgi x lain x bukan, rak kasut ngn handbag, mklumle klu perempuan tu perempuan la jgk hihihi..rambang mate dibuatnye.memandangkn aku dh lame x mmbeli-belah, so aku pn bli la 3 psg kasut ngn handbag.yg bestnye, handbag tu ade less 70% lg.. tp gambar kt ats ni bkn la handbag yg aku mksudkan, itu gmbar handbag jenama Chanel yg ntah bape harganya(dh tntu la mahal), cume warna & bentuknye seakan-akan same. gitu jgk ngn kasut kt ats tu.. hehe

Ku Cari Bahagia


Sesungguhnya
jika rindu itu dirasai,
rindulah pada seseorang yang
merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…
moga lebih bertambah kekuatan
untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas
hingga lupa pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaNya…
mudah-mudahan aku tak lupa
untuk terus merinduiMu dan
mencari cinta buatku...
kerana yg ku cari adalah kebahagiaanku...

06 August 2010

Adam & Hawa


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

02 August 2010

Program Imam Muda


akhirnya progrm ni dh smpi ke pghujungnya.hrpnya akn ada lg Imam Muda Musim ke-2,
dan program2 realiti brbntuk keagamaan camni..tahniah utk Ashraf dan Hizbur srta peserta2 lain.anda sume mmg Imam Muda Terunggul..

27 July 2010

Marina Cove Resort


bru je balik dr brkursus di lumut 3 hr 2 mlm.. penat jgn ckp la...
bl blik ke skolah lak, byk kje yg mnanti aku.fuhhh...kna mkn byk vitamin ni utk tmbah stamina.. spnjg brkursus aku mginap di Marina Cove Resort. mmg cantik tmpat tu, kmudahannya pn ok.klu brkesempatan, trgin sgt nk bw family aku mnginap kt situ.. insyaAllah..mudah2an..

19 July 2010

diariku...isnin 19hb..

hmmm...ari ni x pgi kerja sbb pening..smlm trkena hujan so tu yg mnybabkan kpala aku pening semacam..aku ambil peluang ni utk rehat sepuas-puasnya, mklumle aku jarang ambil cuti spnjg brtugas sbg guru ni..so, pas mkn ubat, aku berehat je atas katil. tp rehat bkn sbrang rehat, kpla ni ttp fikirkan pasal kje aku kt skolah tu.ade byk benda yg prlu aku buat.fuhhhhh klu fikir psl kje mmg x pnah habisssss....sibuk memanjang hinggakan mak ajk temankan dia bli jubah pn aku x blh tunaikan..tiap2 mggu ade je xtvt kt skolah.mggu ni ade kursus, mggu dpn lak ade prkhmahan...ntahle...kesibukan melanda lgiiiiiii....

17 July 2010

Citra Mawar


Wanita,
Dulu citra mu tersembunyi,
Dijaga rapi bak mawar berduri,
Kini, ke mana ia pergi???
Segalanya bertaburan di tepi...

Wanita,
Sebersih hati MARIAM,
Seteguh sekental keberanian HAJAR,
Secantik semanis kisah ZULAIKHA,
Sepenuh kasih jiwa FATIMAH,
Sedermawan merimbun hati KHADIJAH,
Citra mawar penuh dengan makna...

15 July 2010

RENUNG SEJENAK....


Dunia seakan-akan gelap.
Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh.
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup.

Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.

Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

14 July 2010

kisah kelakar....


episod hantar surat
Alkisah, tersebutlah kisah.....Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

11 July 2010

Zahid Dikau Teristimewa

kereta idamanku...


xtahulah npe aku berminat sgt ngn kete gen 2 ni.dlu ms bljr kt upsi, aku slalu gak berangan2 utk bawa kete ni pusing2 bandar. tp sbnarnya, proton gen2 adlah slh satu kete idamanku, selain kete HONDA JAZZ..nk wat camne, ni aje yg mampu aku beli bt ms ni, lainla klu aku bergaji besar kan, blh la pakai kete HONDA hehehe..pepun, syukur la pd rezeki yg diberi..alhamdulillah...

Pengorbananku.....



dlm seminggu ni, aku xde masa utk rest dgn sepuas2nye coz aku bkerja 7 hr dlm seminggu huhuhuhu..tp xpe, itula yg dinamakan pengorbanan..smoga usaha & pengorbanan aku akn berbaloi & mndpt berkat dr Allah s.w.t. aku merancang utk bercuti di 1 kwsan yg blh merehatkan minda & badan aku.insyaAllah, doakan aku ye..2 hari lps, aku mdpt berita yg kwn baik aku tlh berpindh ke Melaka..huhuhu, susah la kitaorg nk jmpe nti.kbykan kwn2 aku bkerja di lain2 ngri, so sukarla utk kitaorg jmpe spt dulu.itu jg slh 1 pngorbanan yg prlu kitaorg lakukan demi tugas kan.aku jgk la yg still tgal kt sini.klu ikutkan mahu jgk aku merantau ke serata ngri.aku suka berjalan & mngenali budaya & adat masy yg ada di m'sia ni.aku ingin skali melalui pnglaman itu.mudah2an Allah akn makbulkan doaku..amin..

03 July 2010

jom ketawa....kihkihkih (episod pepatah melayu)

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….


12] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

13] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

14] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

15] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

16] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

17] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

18] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

19] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

20] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

30 June 2010

HARI KOPERASI SEKOLAH 2010

alhamdulillah, syukur pdNya krn prjlnan hari koperasi yg disambut bermula 27 Jun hingga 3 Julai ini dlm keadaan terkawal..malahan pgi td, tlh diadakan mjlis perasmian sambutan hari koperasi di skola aku..syukur krn sume nya berjln spt yg dirancang..smoga koperasi skolah aku akn trus maju & mampu menjana pendapatan yg tinggi demi kebaikan ahli2nya...amin...insyaAllah, nti aku akn letakkan sebahagian gmbr yg diambil smpena mjlis itu td di blog ni..antara aktiviti yg dilangsungkn pd hr ini ialah penanaman pokok kemboja arab saudi, jualan murah & pertandingan kuiz koperasi..alhamdulillah aktiviti ni mndpt penyertaan & respon yg baik dr sume pljr..thanks kpd sume warga skolah ni...

28 June 2010

Sepi Menyapa Diri


tiba2 hatiku rs sunyi sepi, entah knpa terasa spt kehilangan sstu, tp apakah 'ia'? buntu memikirkannya.lumrah kehidupan manusia, tiada ape yg sempurna. hanya pd Dia aku berserah..smoga kesunyian yg menyapa diri ini akan sgera beralih kpd kegembiraan & tawa gembira dlm hidup aku.begitu jg ku harapkan pd kalian semua...

27 June 2010

Diari hidupku_ahad


sunyinye di ptg2 ahad ni...smlm dh puas jalan2 pusing town.so ari ni relax je la kt umah..nk betulkan urat2 kaki..mklumla sok dh kje hehehe..

24 June 2010

Diari hidupku_khamis



minggu yg sgt 'menyibukkan'....itula yg blh aku gambarkn betapa sibuknya aku menguruskn krja2 yg menanti stlh brcuti slma 2 mggu...fuhhh...mcm x 'pijak tanah' rasanya...alhamdulillah, wpon penat, tp sume kja tsbt dpt jgk aku slsaikn. wpon kdg2 penat melayan karenah pljr aku yg seramai lbh kurg 100 org tu, tp syukurlah mrk tetap memberi krjasama kpd aku, & akhirnya kja kursus ini dpt jg disiapkn...rasa penat akan hilang apb melihat mrk bertungkus lumus melaksanakn tugasan yg diberi. ini menggambarkn mrk ade rs tgjwb pd diri sndiri..mudah2an, penat lelah cikgu mrk ini akan berbayar dgn kejayaan mrk dlm PMR nti...amin yarabbal alamin...

21 June 2010

Puisi Buat Sahabat


oleh: Umar al-Qari

Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.


Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.


Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.

Ukhuwah fillah abadan abada.