27 July 2010

Marina Cove Resort


bru je balik dr brkursus di lumut 3 hr 2 mlm.. penat jgn ckp la...
bl blik ke skolah lak, byk kje yg mnanti aku.fuhhh...kna mkn byk vitamin ni utk tmbah stamina.. spnjg brkursus aku mginap di Marina Cove Resort. mmg cantik tmpat tu, kmudahannya pn ok.klu brkesempatan, trgin sgt nk bw family aku mnginap kt situ.. insyaAllah..mudah2an..

19 July 2010

diariku...isnin 19hb..

hmmm...ari ni x pgi kerja sbb pening..smlm trkena hujan so tu yg mnybabkan kpala aku pening semacam..aku ambil peluang ni utk rehat sepuas-puasnya, mklumle aku jarang ambil cuti spnjg brtugas sbg guru ni..so, pas mkn ubat, aku berehat je atas katil. tp rehat bkn sbrang rehat, kpla ni ttp fikirkan pasal kje aku kt skolah tu.ade byk benda yg prlu aku buat.fuhhhhh klu fikir psl kje mmg x pnah habisssss....sibuk memanjang hinggakan mak ajk temankan dia bli jubah pn aku x blh tunaikan..tiap2 mggu ade je xtvt kt skolah.mggu ni ade kursus, mggu dpn lak ade prkhmahan...ntahle...kesibukan melanda lgiiiiiii....

17 July 2010

Citra Mawar


Wanita,
Dulu citra mu tersembunyi,
Dijaga rapi bak mawar berduri,
Kini, ke mana ia pergi???
Segalanya bertaburan di tepi...

Wanita,
Sebersih hati MARIAM,
Seteguh sekental keberanian HAJAR,
Secantik semanis kisah ZULAIKHA,
Sepenuh kasih jiwa FATIMAH,
Sedermawan merimbun hati KHADIJAH,
Citra mawar penuh dengan makna...

15 July 2010

RENUNG SEJENAK....


Dunia seakan-akan gelap.
Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh.
Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup.

Semua insan pernah gagal kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.

Seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri".

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri dan buatlah sesuatu demi kebaikannya, yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

14 July 2010

kisah kelakar....


episod hantar surat
Alkisah, tersebutlah kisah.....Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

11 July 2010

Zahid Dikau Teristimewa

kereta idamanku...


xtahulah npe aku berminat sgt ngn kete gen 2 ni.dlu ms bljr kt upsi, aku slalu gak berangan2 utk bawa kete ni pusing2 bandar. tp sbnarnya, proton gen2 adlah slh satu kete idamanku, selain kete HONDA JAZZ..nk wat camne, ni aje yg mampu aku beli bt ms ni, lainla klu aku bergaji besar kan, blh la pakai kete HONDA hehehe..pepun, syukur la pd rezeki yg diberi..alhamdulillah...

Pengorbananku.....



dlm seminggu ni, aku xde masa utk rest dgn sepuas2nye coz aku bkerja 7 hr dlm seminggu huhuhuhu..tp xpe, itula yg dinamakan pengorbanan..smoga usaha & pengorbanan aku akn berbaloi & mndpt berkat dr Allah s.w.t. aku merancang utk bercuti di 1 kwsan yg blh merehatkan minda & badan aku.insyaAllah, doakan aku ye..2 hari lps, aku mdpt berita yg kwn baik aku tlh berpindh ke Melaka..huhuhu, susah la kitaorg nk jmpe nti.kbykan kwn2 aku bkerja di lain2 ngri, so sukarla utk kitaorg jmpe spt dulu.itu jg slh 1 pngorbanan yg prlu kitaorg lakukan demi tugas kan.aku jgk la yg still tgal kt sini.klu ikutkan mahu jgk aku merantau ke serata ngri.aku suka berjalan & mngenali budaya & adat masy yg ada di m'sia ni.aku ingin skali melalui pnglaman itu.mudah2an Allah akn makbulkan doaku..amin..

03 July 2010

jom ketawa....kihkihkih (episod pepatah melayu)

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….


12] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

13] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

14] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

15] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

16] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

17] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

18] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

19] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

20] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!